Ogo 19, 2019

ATFX, broker forex yang memenangi anugerah global, baru-baru ini menambah dua lagi koleksi trofinya selepas dinamakan “Broker Forex CFD Terbaik” oleh Share Magazine’s UK Forex Awards.

Syarikat dianugerahi “FX Broker of the Year, UK” di Anugerah Perniagaan Eropah 2018, sebuah bahagian dari Anugerah Perbankan & Kewangan Global. ATFX melihat pencapaian ini sebagai gambaran komitmennya terhadap inovasi berterusan instrumen perdagangan yang ditawarkan, dan perkhidmatan yang digunakan untuk menampung tuntutan industri yang semakin berkembang.

Berpangkalan di London, UK, ATFX (UK) dikawal selia oleh Lembaga Pengawalan Kewangan (FCA). Dengan misi bagi menyediakan pengalaman perdagangan terbaik untuk peniaga, ATFX menawarkan portal dagangan klien yang canggih termasuk akses mudah alih, dagangan CFD forex, indeks, cryptocurrency dan perdagangan logam berharga. Diterajui oleh pasukan pengurusan yang berpengalaman, syarikat dikenali di peringkat antarabangsa.

Marcos Tigsilema, Pengarah Komersial ATFX (UK) dan Ergin Erdemir, Ketua Pemasaran ATFX (UK) ditemuramah oleh The European Magazine, yang membahas prospek perniagaan ATFX dan pembangunan masa depan global. Wartawan terkenal dan Penulis, Juliette Foster telah menyampaikan trofi kepada ATFX semasa sesi wawancara.

Dalam wawancara itu, Marcos dan Ergin berkata “ATFX telah berdiri sebagai broker yang unggul dalam dunia dagangan forex. Anugerah ini mengetengahkan nilai-nilai syarikat, termasuk komitmen yang tinggi untuk memberikan pengalaman perdagangan terbaik dalam talian.”

Semua syarikat dicalonkan melalui sistem pengundian dalam talian. Panel juri mempunyai pengalaman luas dalam berbagai sektor, dan disokong oleh pasukan penyelidikan yang berdedikasi. Program anugerah disesuaikan untuk menyediakan analisis yang komprehensif di semua sektor pasaran utama di peringkat global. Tadbir urus yang baik, inovasi, pengetahuan, dan kualiti perkhidmatan adalah antara pertimbangan utama dalam mengenal pasti syarikat-syarikat yang paling menonjol, dan memacu industri mereka ke hadapan.

Anugerah ini turut mencerminkan usaha syarikat untuk kekal konsisten menawarkan kualiti perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya, bagi memastikan anugerah terkini bukan yang terakhir.

Perundangan: AT Global Markets (UK) Limited diberi kuasa dan dikawal oleh Lembaga Pengawalan Kewangan (FCA) di United Kingdom. Nombor pendaftaran FCA (760555). Pejabat Berdaftar: 1st Floor, 32 Cornhill, London EC3V 3SG, United Kingdom. No. Syarikat 09827091

Read More

ATFX Menaja Konsert Jelajah Dunia Eason Chan Di Malaysia
ATFX melancarkan Pasukan Drift dan Memenangi Pertandingan Pertama
ATFX secara rasmi melancarkan Trader Magazine bagi S1 2022
Trader Magazine Q4 ATFX Kini Tersedia
ATFX melancarkan 124 produk baru, satu rekod baru dalam rangkaian produknya!
ATFX dianugerahkan Program Introducing Broker Forex Terbaik-Timur Tengah