Ogo 19, 2019

Penubuhan broker perdagangan online akan terus menumpukan usahanya di Asia Tenggara, termasuk negara-negara seperti Taiwan, Thailand, Malaysia, Filipina, dan Vietnam. Dengan permulaan yang baik pada 2018 yang melibatkan penganjuran seminar di seluruh rantau ini, ATFX meneruskan komitmennya untuk mendidik trader dan IB dengan menganjurkan siri seminar di Asia Tenggara. Sesi ini adalah percuma dan dianjurkan untuk mendidik para peserta tentang pilihan pelaburan alternatif dan bagaimana cara mempraktikkan pengetahuan tersebut dalam perdagangan.

Seminar pertama ATFX di Vietnam diadakan pada 22 Julai dan sesuai untuk trader dan IB yang baru dan juga berpengalaman, di mana hampir 200 orang trader dan IB telah menghadiri seminar tersebut. En. Jason Tee, selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan Asia Tenggara ATFX, membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan IB termasuklah “Bagaimana mengendalikan perniagaan IB yang berjaya” bersama dengan rakan kongsi global yang berpengaruh di Asia Tenggara, peluang pasaran dalam pelbagai aset perdagangan, serta perkongsian strategik.

En. Martin Lam, selaku Ketua Penganalisis ATFX di rantau Asia Pasifik, mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam pasaran FX. Topik yang disampaikan adalah “Mengetahui asas-asas pengurusan risiko dan cara mengaplikasikan dalam pelan perdagangan anda”. Topik ini adalah pengenalan yang memberikan penerangan mengenai pasaran FX, bagi mengelakkan perangkap yang boleh menyebabkan kerugian dengan alat pengurusan risiko yang berkesan, serta trend pasaran terkini.

En. Van Cong An, selaku Pengurus Pejabat Jualan Vietnam juga membentangkan tentang kepentingan perkongsian B2B di rantau Asia Tenggara, dan bagaimana broker boleh menyokong IB berskala besar dan memperkenalkan program promosi terbaru yang direka khusus untuk IB semasa sesi seminar.

ATFX menerima maklum balas yang positif dari trader dan IB dengan peluang membina rangkaian kerjasama antara dua pihak. Salah seorang IB menyatakan bahawa “Seminar ini memberikan saya pemahaman yang lebih jelas tentang bagaimana menjadi rakan IB yang baik dan beroperasi dengan perniagaan mereka. Saya amat mengesyorkan seminar yang dianjurkan oleh ATFX.”

Siri seminar ini adalah selaras dengan matlamat ATFX bahawa latihan sedemikian akan membantu trader dan IB dalam membuat keputusan yang tepat, selain meningkatkan kemahiran mereka untuk mengatasi rintangan dalam perdagangan pasaran kewangan dengan lebih mudah. Syarikat akan terus mengadakan siri seminar menjelang penghujung 2018 ini.

Perundangan: ATFX adalah nama dagangan AT Global Markets Limited (ATGM, nombor pendaftaran 24226 IBC 2017). ATGM adalah sebuah Syarikat Perniagaan Antarabangsa di Saint Vincent dan Grenadines. Alamat berdaftar adalah: The Financial Services Centre, Stoney Ground, Kingstown, St. Vincent & the Grenadines.

Read More

ATFX Menaja Konsert Jelajah Dunia Eason Chan Di Malaysia
ATFX melancarkan Pasukan Drift dan Memenangi Pertandingan Pertama
ATFX secara rasmi melancarkan Trader Magazine bagi S1 2022
Trader Magazine Q4 ATFX Kini Tersedia
ATFX melancarkan 124 produk baru, satu rekod baru dalam rangkaian produknya!
ATFX dianugerahkan Program Introducing Broker Forex Terbaik-Timur Tengah