Ogo 14, 2019

ATFX dengan bangganya mengumumkan penajaan terhadap Duke of Edinburgh cup awal bulan ini, selaras dengan komitmen syarikat sebagai peneraju utama di masa depan dalam komuniti perdagangan.

Duke of Edinburgh Cup dianjurkan untuk menyokong Duke of Edinburgh International Award dan golongan muda di seluruh dunia. Ditubuhkan oleh HRH Prince Philip, Duke of Edinburgh pada 2001, merupakan kejohanan golf tahunan di seluruh dunia yang dikendalikan oleh International Golf for Youth (IGFY), yang berlangsung di World Finals Event yang diadakan setiap tahun di United Kingdom. Kejohanan ini merupakan platform untuk mengumpul dana bagi badan-badan amal yang membantu kanak-kanak dan remaja yang memerlukan, serta menambah baik kehidupan mereka.

Pertandingan kelayakan Piala DoE telah diadakan pada 30 Ogos di negara-negara yang dipilih oleh jawatankuasa penganjur, dengan World Final diadakan di UK. Encik Ryan Tsui, Ketua Pegawai Eksekutif ATFX (UAE), mengetuai pasukan dari ATFX untuk berada pada acara tersebut.

ATFX telah layak untuk menyertai World Final di UK dan optimis bahawa pemain golfnya yang berkemahiran tinggi mampu mempamerkan aksi yang hebat sama seperti perkhidmatan profesional ATFX. Perlawanan World Final tersebut akan berlangsung di Buckinghamshire Golf Club dari 30 September hingga 4 Oktober, majlis penanugerahan dan majlis makan malam Black Tie akan diadakan di Windsor Castle.

En. Ryan Tsui, Ketua Pegawai Eksekutif ATFX (UAE) dan selaku ketua pasukan Golf ATFX menyatakan bahawa “Kami menyedari bahawa golf dan perdagangan mempunyai banyak persamaan yang mana kedua-duanya berlaku dalam persekitaran yang mencabar dan sentiasa berubah. Pengurusan emosi, sikap positif dan keupayaan untuk membuat keputusan yang jelas dan strategik melenyapkan perbezaan antara pemain golf dan trader terbaik. Kami berharap strategi promosi unik ini akan memberi pengalaman baru kepada klien kami.”

Penajaan ATFX dalam Duke of Edinburgh Cup mewakili nilai-nilai syarikat, dan ia beribu pejabat di London dengan pejabat di seluruh dunia. Tambahan pula, syarikat turut menaja beberapa kenderaan ikonik London Black Taxi tahun lalu dalam kempen yang berlangsung dengan jayanya. Kali ini, ATFX berbesar hati untuk menaja Piala DoE dan mengekalkan mutu perkhidmatan yang tinggi, dalam gaya British yang sebenar.

Usaha membantu golongan yang memerlukan diterjemahkan dengan acara-acara amal seperti mana yang dianjurkan oleh DoE Cup, yang membolehkan mereka membantu golongan muda berbakat dan memberi akses kepada sumber yang biasanya tidak dapat dicapai. ATFX sentiasa memberi keutamaan terhadap masyarakat dan berusaha untuk mengembalikan hasil kepada komuniti yang syarikat beroperasi. Pada tahun lalu, syarikat telah membantu golongan muda dan tua di pelbagai daerah, serta persekitaran. ATFX berharap untuk bertemu dengan badan-badan amal, sekaligus membolehkan klien mengetahui bahawa kami bukan sahaja broker yang menjual produk FX dan CFD, tetapi juga memberi inspirasi dengan memperkenalkan budaya saling bantu-membantu dan menjadi lebih baik dari hari kelmarin.

Read More

ATFX Menaja Konsert Jelajah Dunia Eason Chan Di Malaysia
ATFX melancarkan Pasukan Drift dan Memenangi Pertandingan Pertama
ATFX secara rasmi melancarkan Trader Magazine bagi S1 2022
Trader Magazine Q4 ATFX Kini Tersedia
ATFX melancarkan 124 produk baru, satu rekod baru dalam rangkaian produknya!
ATFX dianugerahkan Program Introducing Broker Forex Terbaik-Timur Tengah