TINJAUAN SUKU TAHUNAN PASARAN
Penularan Covid-19 telah menjejaskan kesemua sektor perindustrian dan ekonomi global. Tetapi kami mula melihat tanda-tanda pemulihan.
Hari ini, kebanyakan negara telah mula membuka ekonomi dan sempadan masing-masing. Ini menyebabkan pasaran saham melambung tinggi, dan Nasdaq 100 mencapai paras tertinggi pada 2020.
Adakah anda terlepas pergerakan utama di Q2 ini? Baca tinjauan Q3 kami untuk persiapan dagangan tiga bulan akan datang.
DAPATKAN TINJAUAN SUKU TAHUNAN PASARAN
Ikuti pandangan barisan penganalisis utama kami
Tinjauan Pasaran Q3 2020
Boleh didapati Sekarang
- PENDAFTARAN
- LOG MASUKjika anda sudah menjadi ahli
Analisis Pasaran ATFX membawa anda kepada pergerakan yang berpotensi dalam pasaran dagangan pada suku yang akan datang, memberikan anda gambaran yang diperlukan untuk membangunkan strategi dagangan yang berkesan.
Daftar atau log masuk untuk mengakses prospek pasaran suku tahunan terkini, yang menampilkan analisis teknikal bagi instrumen oleh pakar kami.
Untuk ulasan pasaran kewangan terkini, sila layari laman Analisis Teknikal ATFX. Ia merupakan analisis dan ulasan harian kami mengenai forex, emas dan perak, dan beberapa indeks utama yang membentuk pasaran kewangan global.
Tinjauan Suku Tahunan Pasaran Sebelumnya
Tinjauan Pasaran Q2 2020
Terdapat dalam arkib
Tinjauan Pasaran Q1 2020
Terdapat dalam arkib
Penganalisis Pasaran ATFX
Alejandro Zambrano
Ketua Strategi Pemasaran Global ATFX
Sebelum menyertai ATFX, Zambrano telah menggunakan pengalamannya yang tidak ternilai untuk menyelidik pasaran kewangan yang memfokuskan pada mata wang dan makroekonomi, sepanjang kariernya. Beliau juga arif dalam pasaran komoditi dan indeks ekuiti. Bekerja untuk pelbagai broker, Zambrano juga membangunkan program pendidikan premium, dan beratus-ratus peserta telah menghadiri kursus sepanjang tahun.
Ramy Abouzaid
Ketua Penyelidikan Pasaran Pejabat Rep Dubai, ATFX CY
Ramy telah bekerja untuk firma broker FX yang terkenal selama lebih dari enam tahun di UAE dan menjadi Penganalisis Pasaran Utama untuk broker terkemuka di UK dan Australia sebelum menyertai ATFX. Beliau telah berada dalam industri kewangan lebih dari satu dekad. Selain itu, beliau telah berjaya melatih beratus-ratus peniaga sepanjang kerjayanya di Timur Tengah.
Martin Lam
Ketua Penganalisis ATFX Asia Pasifik
Martin mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman dalam pelaburan dan perundingan global. Beliau juga pakar dalam indeks saham dunia, logam berharga seperti emas dan perak, minyak mentah dan forex. Martin menguruskan “Syarikat Dagangan Mata Wang Martin” dan pernah bekerja dengan beberapa syarikat dan institusi kewangan antarabangsa yang terkenal. Martin adalah penceramah yang terkenal, dan telah mengadakan lebih daripada 40 seminar dan sesi latihan di Asia Tenggara dan China pada tahun 2018 dan telah menerbitkan laporan pasaran harian untuk para pelabur.
Dean Chen
Penganalisis Pasaran Senior ATFX (China)
Dean telah mengambil bahagian dalam pasaran permodalan global selama lebih enam tahun dengan pengalaman menguruskan modal sehingga 150 juta RMB. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan termasuk pengawal risiko, peniaga, dan penganalisis, dan telah menerima pengiktirafan dari pelbagai pemain utama industri. Dean telah mewujudkan sistem perdagangan “Hook-Shaped Theory”, dan ia menggabungkan analisis teknikal dan makroekonomi, untuk membantu dari segi ketepatan masa dalam keluar dan masuk pasaran FX.
Jason Tee
Ahli Strategi Pasaran Global ATFX (Asia Pasifik)
Jason mempunyai lebih dari 8 tahun pengalaman dalam pasaran forex global, dengan portfolio pelaburan yang luas dan informasi mengenai strategi pelaburan dan teknik praktikal. Beliau telah memenangi peraduan forex antarabangsa dengan lebih dari 1800+ pedagang yang bersaing untuk membuktikan keupayaan beliau dalam dagangan lanjutan. Beliau merupakan ahli Chartered Market Technician (CMT) Association.
Jessica Lin
Penganalisis Pasaran Global ATFX (Asia Pasifik)
Dengan lebih dari 5 tahun pengalaman perdagangan dan analisis untuk FX, Komoditi, Indeks global, Jessica menerapkan pendekatan makro global untuk dagangan mata wang. Beliau juga aktif menulis artikel terperinci yang meliputi konsep dagangan, analisis teknikal, analisis asas dan strategi dagangan. Beliau turut berperanan dalam menyediakan seminar dan webinar pendidikan untuk membantu pelanggan dan bakal pelanggan menjadi lebih selesa dengan perdagangan forex. Sebelum bersama dengan ATFX, Jessica memegang jawatan sebagai penganalisis pasaran dan pakar strategi kandungan kewangan untuk institusi kewangan dan laman web berita pasaran/pedagang terkemuka.
Cameron Bowen
Pengurus Kandungan Kanan ATFX
Cameron Bowen adalah seorang trader yang berpengalaman yang bekerja untuk firma Asset Management di mana beliau membantu dalam menganalisis strategi perdagangan automatik yang memerlukan budi bicara. Beliau juga mengajar di akademi perdagangan Forex dan CFD yang terkenal di London, mewujudkan bahan kursus dan kerap menganjurkan webinar analisis pasaran secara langsung. Hari ini, beliau bekerjasa dengan ATFX dalam membantu pelanggan memahami pasaran dengan lebih baik.
Maklumat ini dihasilkan oleh pihak ketiga, untuk tujuan maklumat umum sahaja, dan tidak menunjukkan hasil masa depan. AT Global Markets LLC tidak bertanggungjawab terhadap ketepatan atau kesahihan maklumat. Sebarang pendapat yang dinyatakan tidak mencerminkan AT Global Markets LLC. Maklumat ini tidak mengambil kira keadaan atau objektif peribadi anda, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan, pelaburan, atau yang bersamaan. Anda harus mendapatkan nasihat sebelum membuat keputusan pelaburan. Pengeluaran semula maklumat ini, secara keseluruhan atau sebahagian, adalah tidak dibenarkan.