Akaun Dagangan
Anda mempunyai beberapa laluan kepada pasaran kewangan melalui akaun dagangan ATFX. Ia memberikan manfaat yang unik untuk meningkatkan pengalaman dagangan anda.
Mengapa Membuka Akaun Dagangan dengan ATFX?
Pelaksanaan yang Pantas & Komisen Sifar
Berdagang dengan Yakin Bersama Broker yang Diiktiraf di Seluruh Dunia
Sokongan Pelanggan yang Berdedikasi dan Cemerlang
Dana Selamat di Bank Bereputasi Tinggi
Akaun perdagangan kami
Berdagang semua instrumen kami melalui satu akaun dengan spread yang kompetitif
Akaun Standard
Membolehkan anda berdagang semua instrumen dengan spread yang kompetitif
Bagaimanakah akaun dagangan berfungsi?
Akaun anda berfungsi dengan berhubung secara terus dengan platform dagangan anda (Metatrader 4). Dalam akaun tersebit, anda akan diberikan keupayaan untuk menambah dan mengeluarkan dana anda, menyemak baki anda, diberitahu tentang sebarang perubahan dan mengakses alat dagangan.
ATFX menyediakan hubungan yang lancar antara akaun dagangan anda dan MT4, membolehkan anda mengambil dagangan, membuat pesanan dan mengautomatikkan strategi dagangan anda. Akaun dagangan memberi anda akses kepada pelbagai sekuriti boleh dagang, seperti pasangan forex, indeks ekuiti dan komoditi.
Platform Dagangan MT4
MetaTrader 4 (MT4) ialah platform dagangan elektronik yang sangat dihormati dan membolehkan anda berdagang di banyak pasaran kewangan.
Cara Menggunakan MT4
Melalui satu antara muka yang mudah dinavigasi, anda boleh menggunakan alat dan teknologi yang hebat melalui MT4.
Muat Turun MT4
Muat turun MT4 dan mula menggunakan salah satu daripada platform dagangan yang paling hebat untuk membuat dagangan, menganalisis pasaran kewangan dan menggunakan pakar penasihat mengikut keinginan anda.
Penunjuk dan tambahan MT4
Anda boleh menggunakan penunjuk dan tambahan MT4 untuk meningkatkan dagangan kewangan anda ke tahap seterusnya. Pilihan penunjuk MT4 yang komprehensif membolehkan anda menyesuaikan platform anda dan membangunkan wawasan dagangan yang hebat.
Akaun Demo MT4
Pembukaan akaun demo MT4 memberi anda peluang yang sangat baik untuk membiasakan diri dengan platform MT4. Anda boleh membuat eksperimen dan ujian dalam persekitaran yang tiada risiko dan tanpa bayaran.
Cara menggunakan akaun dagangan dalam talian
Anda dapat mempelajari cara membuat dagangan dengan cepat melalui pelbagai tutorial dan dokumen bantuan. Apabila anda log masuk, anda akan melihat Akademi Dagangan dengan mudah untuk mengikuti modul dan pelajaran yang anda boleh gunakan untuk mempelajari asas.
Apakah Akaun Dagangan?
Akaun dagangan ialah akaun yang membolehkan anda mengakses pasaran kewangan sebagai pedagang atau pelabur. Anda boleh memilih akaun dagangan untuk sepadan dengan selera risiko, pengalaman dan tahap pelaburan permulaan anda.
Apabila anda semakin memahami proses dagangan, anda boleh menaik taraf akaun anda untuk memanfaatkan ciri tambahan.
Cara Membuka Akaun Dagangan
1. Isikan borang permohonan dalam talian yang mudah.
2. Berikan pengenalan untuk memastikan
keselamatan akaun anda.
3. Masukkan dana ke akaun dagangan anda.
Semua
ini boleh dilengkapkan dalam tempoh 24 jam. Setelah akaun dagangan anda dibuka dan anda diberitahu untuk membuat
deposit permulaan, anda bersedia untuk berdagang.
Keselamatan
Anda dan dana anda diberikan tahap perlindungan yang paling tinggi di ATFX. Pematuhan kami kepada protokol yang
ketat memastikan keselamatan dana anda dengan menggunakan akaun berasingan dan akhirnya memberi anda
ketenangan.
ATFX mematuhi semua keperluan pengawalseliaan yang ketat daripada bidang
kuasa yang pelanggan kami bermastautin.
Soalan Lazim Akaun Dagangan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan akaun dagangan, bahagian ini akan memberikan jawapannya.
Bilakah saya perlu membuka akaun broker?
Sekarang ini masa yang paling sesuai untuk mempertimbangkan pembukaan akaun dagangan broker dalam talian dengan ATFX. Peningkatan ketaktentuan yang disebabkan oleh peristiwa makroekonomi global boleh memberikan peluang dagangan yang bijak bagi mereka yang bersedia untuk mengambil kesempatan.
Namun begitu, anda perlu memahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan. Walaupun peluang meningkat semasa ketaktentuan pasaran, risiko juga meningkat.
Berapakah kos untuk membuka akaun dagangan?
Proses membuka akaun ATFX adalah percuma; namun begitu, paras deposit yang diperlukan berbeza-beza bergantung pada jenis akaun yang dipilih untuk dibuka.
Platform dagangan mana yang terbaik?
Metatrader 4 (MT4) dianggap sebagai paling popular secara meluas dan tidak dinafikan merupakan salah satu daripada platform dagangan yang terbaik untuk pedagang. MT4 ialah platform intuitif yang anda boleh sesuaikan untuk sepadan dengan pilihan anda, yang akan meningkatkan kemahiran dagangan anda.
Kami juga menyediakan akses kepada pelbagai widget dan alatan dagangan, seperti Autochartist yang membantu anda mengenal pasti corak dagangan pada carta, membolehkan pembuatan keputusan yang lebih termaklum. Perkongsian kami dengan Trading Central memberi anda laporan analisis teknikal untuk membantu anda mengesahkan pandangan anda terhadap pasaran.
Apakah yang boleh saya dagangkan?
Apabila anda sudah membuka akaun dagangan, anda akan diberikan keupayaan untuk berdagang instrumen yang berikut*:
● Indeks
● Pasangan Forex
● Komoditi
● Saham
*Ketersediaan instrumen mungkin berbeza-beza bergantung pada jenis akaun.
Bolehkah saya mempunyai dua akaun dagangan?
Ya. Sesetengah pedagang akan mempunyai akaun yang berasingan untuk berdagang dua strategi untuk membezakan hasilnya dengan mudah. Manakala terdapat ramai pedagang yang menggunakan akaun demo di samping akaun live untuk bereksperimen dengan pelbagai kaedah dan strategi. Kami boleh membantu anda membuat persediaan.
Buka Akaun Dagangan
Hubungi pasukan kami untuk bermula. Kami bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan anda. Perniagaan kami dibina dengan mengutamakan anda dan sokongan pelanggan kami berbuat begitu. Hubungi pasukan profesional kami yang berdedikasi dan berpengetahuan luas untuk meneroka pilihan yang terbaik untuk anda.