Antara 3 hingga 7 Jun 2019, parlimen UK akan mengundi untuk kali keempat mengenai Rang Undang-Undang pengeluaran EU (Brexit). Hasil Undian dapat meningkatkan ketidakstabilan dan ketidakpastian secara signifikan pada semua instrumen kewangan, dan anda mungkin melihat spread tersebar dan kekurangan kecairan bagi padanan mata wang GBP dan EUR, dan indeks utama Eropah yang berkaitan.

Kami akan terus mengikuti perkembangan tersebut dengan lebih dekat, dan jika perlu, kami akan mengambil tindakan yang diperlukan untuk melindungi kepentingan pelanggan kami. Tindakan tersebut termasuk peningkatan keperluan margin, penurunan leveraj dan pelebaran spread. Tindakan ini boleh diambil pada bila-bila masa dan tanpa notis terlebih dahulu, termasuk hujung minggu.

Kami menasihatkan semua klien agar memantau keadaan akaun masing-masing dan memastikan dana yang mencukupi tersedia pada akaun setiap masa.

Sila hubungi kami melalui e-mel di [email protected] jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut.

Salam Hormat,

ATFX

Share
2019/05/29