Ogo 19, 2019

Komitmen ATFX untuk kecemerlangan diiktiraf sekali lagi dengan anugerah “Best NDD Forex Broker” pada Anugerah Online Personal Wealth 2018.

Anugerah ‘Best No-Dealing Desk Broker’ diberikan kepada kami dengan beberapa anugerah lain pada 2017. Dengan komitmen untuk perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, ATFX menawarkan sokongan live 24/5, akses percuma kepada penyelidikan pasaran, kursus untuk semua peringkat perdagangan, dari newbie hingga ke peringkat lanjutan, dan tahap perlindungan tertinggi bagi trader. Keselamatan investor global dilaksanakan melalui penyulitan keselamatan peringkat bank dan pengasingan dana klien, sambil menghubungkan platform MT4 dengan pembekal cairan terkemuka dengan teknologi penyambungan terkini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Richard Craddock, berkata: “Online Personal Wealth Awards amat bermakna bagi ATFX, berikutan pengguna unik global diberi peluang untuk mengundi selama dua bulan bagi memilih syarikat dalam pelbagai kategori anugerah. Diiktiraf sebagai “Best NDD Forex Broker” adalah bukti komitmen kami terhadap kecemerlangan dalam perkhidmatan pelanggan, dan juga identiti syarikat sebagai penyedia perkhidmatan perdagangan global yang berkembang pesat”.

Anugerah ini adalah sebahagian daripada misi syarikat untuk menyediakan perkhidmatan telus dengan integriti, mematuhi keperluan pengawalseliaan antarabangsa yang ketat dalam usaha memberikan klien pengalaman perdagangan bertaraf dunia yang mudah dan selamat.

Read More

ATFX Menaja Konsert Jelajah Dunia Eason Chan Di Malaysia
ATFX melancarkan Pasukan Drift dan Memenangi Pertandingan Pertama
ATFX secara rasmi melancarkan Trader Magazine bagi S1 2022
Trader Magazine Q4 ATFX Kini Tersedia
ATFX melancarkan 124 produk baru, satu rekod baru dalam rangkaian produknya!
ATFX dianugerahkan Program Introducing Broker Forex Terbaik-Timur Tengah