Ogo 19, 2019

ATFX menganjurkan siri seminar dan terlibat dalam pelbagai ekspo kewangan tahun ini, termasuk acara di Malaysia bulan lepas, dan di Taiwan, Thailand dan Filipina bulan sebelumnya. Berikutan kejayaan seminar di Filipina, ATFX berhasrat untuk terlibat buat julung kalinya dalam Pameran Traders di negara ini. Acara yang mengumpulkan ribuan penaja, peserta, speaker, dan hadirin dalam satu acara, akan memfokuskan kepada retail trader dan IB di Asia Tenggara. Gala Dinner merupakan peluang terbaik bagi pemimpin industri untuk membincangkan perkembangan terkini pasaran, dan pada masa yang sama menawarkan peserta peluang untuk berangkaian dengan senior dalam industri.

ATFX bukan sahaja menjadi penaja utama – selaku penaja Diamond dan juga peserta, bahkan juga mempunyai dua pakar yang telah dijemput oleh penganjur untuk berucap dalam seminar. Martin Lam, Ketua Penganalisis Asia Pasifik ATFX, akan membincangkan bagaimana sentimen pasaran mempengaruhi perubahan dan krisis pasaran global. Memegang ijazah dalam bidang kewangan, ekonomi, dan perakaunan, En. Lam mempunyai lebih 17 tahun pengalaman dalam industri kewangan dan pelaburan. Selain mempunyai lesen perundingan ASIC, beliau turut dibimbing dan dilatih mengenai perdagangan CFD, dan sering tampil dalam channel kewangan CCTV China dan NowTV di Hong Kong.

Speaker ATFX yang lain, Jason Tee, merupakan Pengurus Pembangunan Perniagaan Asia Tenggara bagi syarikat perkhidmatan kewangan. Beliau akan membincangkan bagaimana cara mendapatkan pip menggunakan indikator, dengan lebih enam tahun pengalaman dalam perdagangan forex meletakkan beliau top spot di kalangan 1800 trader dalam peraduan forex antarabangsa.

En. Lam dan En. Tee akan meneruskan matlamat ATFX bahawa mendidik trader untuk berjaya dalam pasaran kewangan adalah penting bagi meningkatkan strategi traders, dan seminar sebelumnya telah memperkenalkan pelbagai jenis instrumen perdagangan dan strategi pasaran terkini untuk berjaya. Maklum balas yang diterima sangat positif, dengan manfaat dari perkhidmatan ATFX.

Dengan kejayaan tersebut, syarikat kini giat berusaha untuk menganjurkan dan terlibat dalam pelbagai acara dalam masa terdekat, sebagai usaha meneruskan misi syarikat untuk mendidik dan melatih IB dan trader, yang merupakan prinsip utama ATFX.

Perundangan: ATFX adalah nama dagangan AT Global Markets Limited (ATGM, nombor pendaftaran 224226 IBC 2017). ATGM adalah sebuah Syarikat Perniagaan Antarabangsa di Saint Vincent dan Grenadines. Alamat berdaftar ialah: the Financial Services Centre, Stoney Ground, Kingstown, St.Vincent& the Grenadines.

Read More

ATFX Menaja Konsert Jelajah Dunia Eason Chan Di Malaysia
ATFX melancarkan Pasukan Drift dan Memenangi Pertandingan Pertama
ATFX secara rasmi melancarkan Trader Magazine bagi S1 2022
Trader Magazine Q4 ATFX Kini Tersedia
ATFX melancarkan 124 produk baru, satu rekod baru dalam rangkaian produknya!
ATFX dianugerahkan Program Introducing Broker Forex Terbaik-Timur Tengah