Ogo 19, 2019

AT Global Markets (UK) (ATFX) telah memasuki pasaran UK pada awal 2017, dan dalam tempoh yang singkat, pasukan dan perkhidmatan kami telah beroperasi dengan jayanya. Ini jelas di lihat pada kempen utama dan liputan media bahawa kami telah menyertai senarai penaja utama yang berprestij pada Sidang Kemuncak kewangan London 2017, melancarkan Pengiklanan Teksi di London dan CEO, Richard Craddock tampil dalam Strategi Dagangan terkini The Times. Ia merupakan bukti terhadap komitmen dan usaha keras kami apabila sumber yang terkenal mengulas pencapaian kami untuk menunjukkan bagaimana untuk berjaya dalam dunia perdagangan kewangan. Perkembangan dan peristiwa tidak pernah berhenti, ATFX akan mencapai kejayaan seterusnya dalam meluaskan perniagaan.

Pada bulan Mac, ATFX telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam JEFX ke-13 2018, yang telah diadakan pada 13 dan 14 Mac. Acara yang berlangsung selama dua hari tersebut adalah penting bagi rantau ini dan dihadiri oleh barisan broker forex terkemuka. ATFX akan menaja kawasan pendaftaran pada acara tersebut. Di samping itu, syarikat telah dinobatkan untuk Perkhidmatan Pelanggan Forex Terbaik 2017 pada pameran tersebut sebagai sebahagian daripada The Entrepreneur JFEX. The Entrepreneur JFEX Awards & JEFX ke-13 2018 adalah acara utama B2B untuk pemain pasaran kewangan. Anugerah ini amat bermakna, kerana ATFX menganggap ia sebagai batu loncatan untuk membuka gerbang dalam pembangunan perniagaannya di Timur Tengah. Kami percaya bahawa keyakinan adalah mengenai sikap positif, dan yang paling penting, sentiasa bersiap sedia.

ATFX percaya bahawa acara tersebut akan menjadi pengalaman bermakna, bukan sahaja untuk kami bekerjasama dengan firma antarabangsa lain tetapi juga menyebarkan berita mengenai ATFX dan jenama kami. Memandangkan syarikat sedang bersedia untuk melancarkan pejabatnya di Timur Tengah, acara ini akan membantu dalam mewujudkan pengaruh yang luas di rantau ini.

Jemputan untuk menjadi penaja ekspo dan dipilih untuk menerima anugerah tidak hanya menunjukkan bahawa ATFX dianggap broker berpengaruh tetapi juga sesuai di rantau ini. Ini merupakan kali pertama syarikat akan mengambil bahagian sebagai peserta pameran ekspo di Timur Tengah. Ini memberi ATFX peluang untuk membina kesedaran jenama dan menyebarkan berita mengenai cadangan nilai kami. Syarikat berhasrat untuk melancarkan instrumen perdagangan di Timur Tengah, termasuk minyak mentah, emas dan forex.

Syarikat turut menyatakan bahawa trader di Timur Tengah mencari syarikat yang memahami dan memenuhi keperluan mereka. ATFX telah mengkaji cabaran dan keperluan unik di pasaran tempatan dan telah memilih untuk menempatkan pasukannya di Timur Tengah dengan mengambil kira perkara ini.

Read More

ATFX Menaja Konsert Jelajah Dunia Eason Chan Di Malaysia
ATFX melancarkan Pasukan Drift dan Memenangi Pertandingan Pertama
ATFX secara rasmi melancarkan Trader Magazine bagi S1 2022
Trader Magazine Q4 ATFX Kini Tersedia
ATFX melancarkan 124 produk baru, satu rekod baru dalam rangkaian produknya!
ATFX dianugerahkan Program Introducing Broker Forex Terbaik-Timur Tengah