Ogo 19, 2019

Selepas dinobatkan sebagai “Broker NDD Terbaik” di Online Personal Wealth Awards pada suku pertama tahun ini, broker kewangan ATFX (UK), sekali lagi memenangi anugerah pada suku kedua 2018, kali ini anugerah “Fastest Growing Forex Broker, Europe 2017.” Seperti namanya, penganugerahan tersebut diberi kepada broker FX yang paling pesat berkembang di rantau Eropah sepanjang tahun lalu, yang merupakan pasaran utama di mana penyedia kecairan dan pembuat-pasaran utama mempunyai kehadiran yang signifikan.

Untuk merangkul anugerah tersebut, bukan sahaja memerlukan pertumbuhan pesat dalam jumlah trader yang dilayani, tetapi juga melibatkan institusi kewangan serta dana yang lebih besar. Melihat kepada trader FX Eropah yang mempunyai sebilangan besar broker FX untuk dipilih, ATFX berbangga kerana telah diiktiraf atas keupayaannya berkembang pada kadar yang pantas dalam pasaran FX yang kompetitif. Syarikat perkhidmatan kewangan telah berusaha untuk memastikan bahawa syarikat menawarkan khidmat pelanggan yang unggul, dengan spread kompetitif, dalam persekitaran terkawal, dan dalam persekitaran perdagangan yang optimum.

Rangkaian kejayaan baru-baru ini juga dikaitkan dengan pilihan ATFX yang menekankan bahawa perkhidmatan adalah raja dalam pasaran perdagangan runcit yang berdaya saing, sesuatu yang Ketua Pegawai Eksekutifnya, Richard Craddock, mengesahkan baru-baru ini dengan mengatakan bahawa “Walaupun interaksi atas talian telah memberi pelbagai manfaat, namun adalah penting bagi perniagaan untuk terus menawarkan sokongan luar talian. Saya fikir lebih telus pelaksanaan yang dilakukan, lebih baik untuk industri secara keseluruhannya.”

Dengan anugerah utama kedua tahun ini, ATFX yakin bahawa ia bergerak ke arah yang betul dengan menawarkan trader formula kecil dan besar untuk mencapai kejayaan perdagangan. Sebagai peneraju atas talian antarabangsa dalam perdagangan forex, kami berhasrat untuk meneruskan prestasi ini dan kekal sebagai broker yang pesat berkembang, sama ada di Eropah atau di mana-mana pelosok dunia. Dengan menggabungkan sokongan pelbagai bahasa kami, perkhidmatan pelanggan yang terbaik dan perhatian media akan terus menarik trader kepada broker kami yang memenangi anugerah.

Perundangan: AT Global Markets (UK) Limited diberi kuasa dan dikawal selia oleh Lembaga Kawalan Kewangan (FCA) di United Kingdom. Nombor pendaftaran FCA (760555). Pejabat berdaftar: 32 Cornhill, London, EC3V 3SG. No. Syarikat 09827091

Semua dagangan melibatkan risiko, kerugian boleh melebihi deposit anda.

Read More

ATFX Menaja Konsert Jelajah Dunia Eason Chan Di Malaysia
ATFX melancarkan Pasukan Drift dan Memenangi Pertandingan Pertama
ATFX secara rasmi melancarkan Trader Magazine bagi S1 2022
Trader Magazine Q4 ATFX Kini Tersedia
ATFX melancarkan 124 produk baru, satu rekod baru dalam rangkaian produknya!
ATFX dianugerahkan Program Introducing Broker Forex Terbaik-Timur Tengah