Sebagai usaha mewujudkan kesedaran mengenai perkhidmatan dan platform atas talian yang canggih, ATFX menganjurkan seminar di Astoria Plaza di Manila, Filipina, pada 10 Februari 2018. Seminar berlangsung dengan lebih 100 peserta yang hadir bagi meningkatkan pengetahuan mengenai pasaran kewangan, terutamanya dalam perdagangan mata wang kripto dan forex.
Salah satu penceramah utama dalam seminar tersebut ialah Martin Lam, Ketua Penganalisis Asia Pasifik ATFX, yang memulakan seminar, dengan menyentuh mengenai asas pengetahuan perdagangan dan memberikan maklumat berguna tentang instrumen dan perdagangan pasaran. Beliau selanjutnya membincangkan pasaran dan perdagangan mata wang kripto.
Jeff Hsu, Pengarah Urusan Asia Tenggara berkongsikan cara menggunakan alat dagangan dengan berkesan seperti penunjuk perdagangan dan pelbagai risiko yang berkaitan dengan pasaran forex. Peserta seminar menerima maklumat tentang bagaimana mereka boleh memanfaatkan pasaran forex. Maklumat tersebut diterima baik oleh pedagang runcit baru dan veteran yang menghadiri seminar tersebut.
Sesi petang memfokuskan cadangan nilai ATFX kepada pedagang dan memperkenalkan platform dagangan online kami yang mesra pengguna. Peserta turut mempelajari tentang perkhidmatan sokongan pelanggan berpusatkan Pelanggan yang membantu peniaga memasuki pasaran – dari mempelajari cara menggunakan akaun demo kepada melaburkan wang sebenar melalui akaun langsung.
Seminar di Manila adalah cara terbaik untuk memperkenalkan peserta kepada pelbagai jenis instrumen perdagangan, selain membantu mereka memahami kebaikan dan keburukan masing-masing, serta memperkenalkan instrumen terkini, mata wang kripto. Dengan kejayaan mata wang kripto pada 2017, pelbagai faedah pasaran dalam instrumen, menjadikan masa yang terbaik untuk membantu peniaga mempelajari lebih lanjut mengenai mata wang digital dan bagaimana untuk memperdagangkannya.
Kami menerima maklum balas positif dari peserta yang menyatakan ‘‘Setelah menyertai seminar, saya boleh mengatakan bahawa mereka komited untuk mendidik trader Filipina dalam Perdagangan Forex.” Seorang lagi peserta seminar menyatakan ‘‘Saya mempelajari asas dagangan forex dan kripto, dengan tips mengenai pengurusan risiko dan penetapan matlamat”. Para peserta menghargai seminar perdagangan percuma yang dianjurkan oleh ATFX, dan berharap untuk menyertai seminar kami yang seterusnya. Ia memberikan peserta peluang untuk mempelajari tips-tips dagangan dari veteran pasaran.
ATFX komited untuk mengadakan seminar bulanan sepanjang 2018, dengan seminar lain yang dijadualkan berlangsung di Taiwan dan Malaysia pada bulan Mac.
Mengenai ATFX
ATFX ditubuhkan dengan tujuan menyediakan platform dagangan online terbaik untuk peniaga runcit yang berminat berdagang forex, CFD dan logam berharga. Hari ini, syarikat dipimpin oleh pasukan pengurusan elit, yang mempunyai pengaruh global dan menawarkan pelbagai produk dagangan. Bagi memastikan pengalaman perdagangan yang hebat, syarikat menawarkan MetaTrader 4, platform perdagangan paling popular di dunia, selain menghubungkan MT4 dengan penyedia kecairan terkemuka dengan teknologi penyambungan terkini. Memfokuskan-pelanggan, ATFX menawarkan akses percuma kepada penyelidikan pasaran, kursus untuk semua peringkat perdagangan, dari peringkat peniaga baru hingga lanjutan, sokongan langsung dan sokongan pelanggan 24/5, serta tahap perlindungan ketat untuk pedagang. Keselamatan dana pelabur global diutamakan, dan keselamatan dijamin melalui penyulitan keselamatan tahap bank, serta memastikan dana klien disimpan secara berasingan dan dilindungi setiap masa.
Legal: ATFX is a trading name of AT Global Markets Limited (ATGM, registration number 224226 IBC 2017). ATGM is an International Business Company in Saint Vincent and the Grenadines. Registered address is : the Financial Services Centre, Stoney Ground, Kingstown, St.Vincent & the Grenadines.