Ogo 19, 2019

Berikutan kejayaan ATFX pada 2018 dalam FinExpo Trader Fair, Syarikat merancang untuk terus terlibat dalam mempromosi dan menganjurkan seminar pendidikan kewangan di Asia Tenggara dengan mengambil bahagian dalam Pameran FinanceShow di Taiwan pada akhir bulan ini.

Bertempat di Taichung City, dengan lebih 3,000 kehadiran peserta, ekspo B2B kewangan terkenal di Asia yang bermula pada 2017 merancang untuk mengulangi kejayaannya baru-baru ini untuk kekal sebagai penganjur utama acara yang menampilkan minda kewangan terbaik dan memberi pandangan mengenaikeadaan semasa dunia kewangan dan perdagangan di Asia.

Dari sudut pandangan ATFX, tujuannya adalah mudah dan ideal: (1) Membolehkan pemain pasaran mengetahui tentang jenama dan perkhidmatan terbaik yang disediakan, dan pada masa yang sama (2) membuka ruang untuk pakar-pakar berkongsi pengalaman mereka tentang pasaran FX dan mengemaskini maklumat terkini dari pasaran kewangan. Barisan pakar pasukan dijemput oleh penganjur speaker forum yang akan membincangkan “Cara berkesan untuk berdagang pasaran Forex”. Dengan lebih dari seratus hadirin yang mendengar ucapan, tujuannya adalah untuk mendidik trader bukan sahaja mengenai fundamental perdagangan pasaran dan instrumennya, tetapi juga berkongsi pengetahuan tentang cara menggunakan pelbagai tool risiko dan perdagangan dengan erkesan.

Strategi ATFX terkini telah menarik perhatian media, dan dalam temu bual terbaru, Pengarah Urusan Asia Tenggara, En. Jeff Hsu, menerangkan langkah tersebut. Ketika ditanya mengenai perniagaan ATFX di Taiwan dan apakah kelebihannya, En. Hsu berkata masa depan Syarikat amat cerah. “Prospek
perniagaan TW kekal optimistik,” katanya, “dan dengan persekitaran perdagangan yang selamat ditambah dengan tawaran yang kompetitif, kami mengharapkan ia kekal positif.” Dalam menjelaskan tawaran kompetitif terkini, beliau menunjukkan bahawa klien baru akan menerima $100 Kredit Penyertaan apabila mereka mencecah dagangan 15 jumlah lot, serta program Rebat $2500 baru-baru ini. En. Hsu juga merujuk kepada pelbagai faedah kerjasama dengan ATFX, dengan menekankan bahawa “perkongsian kami ditubuhkan dengan visi, bimbingan, dan sokongan pasaran serta latihan yang berterusan.”

Bagi seminar di masa depan, ATFX komited untuk terlibat aktif dalam acara dan mengadakan seminar tetap sepanjang 2018, dengan lebih acara dijadualkan berlangsung di Taiwan, Filipina, Thailand dan sepanjang dua bulan akan datang.

Perundangan: ATFX adalah nama dagangan AT Global Markets Limited (ATGM, nombor pendaftaran 224226 IBC 2017). ATGM merupakan Syarikat Perniagaan Antarabangsa di Saint Vincent dan Grenadines. Alamat berdaftar adalah: the Financial Services Centre, Stoney Ground, Kingstown, St.Vincent & the Grenadines.

Read More

ATFX Menaja Konsert Jelajah Dunia Eason Chan Di Malaysia
ATFX melancarkan Pasukan Drift dan Memenangi Pertandingan Pertama
ATFX secara rasmi melancarkan Trader Magazine bagi S1 2022
Trader Magazine Q4 ATFX Kini Tersedia
ATFX melancarkan 124 produk baru, satu rekod baru dalam rangkaian produknya!
ATFX dianugerahkan Program Introducing Broker Forex Terbaik-Timur Tengah