Ogo 19, 2019

ATFX telah menyertai pelbagai pameran di seluruh Asia Tenggara tahun ini. Susulan kejayaan penganjuran yang berlangsung di Taiwan, Thailand dan Filipina, syarikat perkhidmatan kewangan telah hadir ke Malaysia pada akhir bulan Jun lalu. Acara, Traders Fair & Malam Gala, yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia, menyaksikan puluhan ribu penaja, peserta, penceramah, dan para hadirin di bawah satu bumbung, yang memberi tumpuan khusus kepada traders dan IB.

Salah seorang penceramah utama dalam seminar tersebut ialah En. Martin Lam, selaku Ketua Penganalisis Asia Pasifik ATFX, yang membuka tirai seminar, dengan topik mengenai “Tinjauan Makroekonomi Pasaran Global untuk Suku Kedua 2018″. En. Lam mempunyai lebih dari 18 tahun pengalaman dalam industri kewangan dan pelaburan serta sering diundang oleh media di Hong Kong serta di seluruh dunia untuk menyampaikan analisis pasaran dagangan beliau. Semasa seminar berlangsung, beliau menyampaikan maklumat mengenai pasaran kewangan dan instrumen perdagangan seperti; CFD indeks, CFD minyak mentah dan CFD logam berharga, serta membincangkan asas-asas pengetahuan dagangan bersama hadirin.

Seorang lagi penceramah yang turut serta pada acara tersebut ialah, En. Ahmad Izzat, selaku Jurulatih di ATFX. Beliau membincangkan topik mengenai “Memahami Komprehensif Perdagangan Emas melalui Analisis Teknikal, Fundamental & Sentimen”, berdasarkan lapan tahun pengalamannya dalam mengajar tentang forex. Dalam seminar itu, beliau menyampaikan pengetahuan perdagangan terhadap pergerakan harga emas, industri emas secara keseluruhan, dan memperkenalkan pelbagai sokongan sejarah dan tahap rintangan pada carta harga emas kepada hadirin.

Maklum balas yang diterima sangat positif, berikutan perkhidmatan terbaik yang disediakan oleh ATFX. Selepas pameran perdagangan yang berlangsung dengan jayanya, ATFX turut serta dalam acara Malam Gala, yang dilihat sebagai peluang emas bagi pemimpin industri untuk membincangkan tentang perkembangan terkini pasaran, dan dalam masa yang sama menawarkan peserta-peserta peluang untuk bekerjasama dengan senior dalam industri.

Syarikat juga mempunyai beberapa pertemuan yang sangat positif bersama introducing broker (IB), bidang yang mana ATFX begitu menyerlah. IB yang berkemahiran tinggi akan sentiasa berminat untuk menjalinkan rangkaian kerjasama dengan firma yang dipercayai untuk mematuhi standard tertinggi dari segi perkhidmatan dan ketelusan.

Sehubungan itu, Syarikat perkhidmatan kewangan terkemuka berhasrat untuk menganjurkan dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara dalam masa terdekat, sebagai usaha bagi meneruskan budaya syarikat untuk mendidik dan melatih IB dan trader, yang merupakan prinsip utama ATFX. Untuk jadual acara yang seterusnya syarikat akan hadir, ke Trader Fair di Thailand pada bulan Ogos!

Read More

ATFX Menaja Konsert Jelajah Dunia Eason Chan Di Malaysia
ATFX melancarkan Pasukan Drift dan Memenangi Pertandingan Pertama
ATFX secara rasmi melancarkan Trader Magazine bagi S1 2022
Trader Magazine Q4 ATFX Kini Tersedia
ATFX melancarkan 124 produk baru, satu rekod baru dalam rangkaian produknya!
ATFX dianugerahkan Program Introducing Broker Forex Terbaik-Timur Tengah