Ogo 14, 2019

ATFX, penyedia perkhidmatan perdagangan online, hari ini mengumumkan pelancaran pejabat baru di Bangkok, Thailand, yang merupakan pejabat kelima yang dilancarkan sejak memasuki pasaran Asia Tenggara pada 2017.

ATFX semakin berkembang pesat, dengan penubuhan beberapa pejabat sejak memasuki pasaran Asia Tenggara pada 2017 di Filipina, Taiwan, Thailand, dan dua di Malaysia iaitu Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Pejabat ATFX di Thailand menyediakan khidmat pendidikan dan konsultasi perdagangan kepada trader dan IB di Thailand. Terletak secara strategik di hab perniagaan Bangkok, ini membolehkan akses yang optimum untuk klien, IB, rakan sekutu dan rakan kongsi.

“Thailand antara salah satu negara yang terkenal di Asia Tenggara. Ia merupakan negara yang menawarkan pelbagai kelebihan sebagai destinasi perdagangan dan disokong oleh asas ekonomi yang kukuh dengan bakal prospek,” kata En. Arthiphant Thongchandr, Pengurus Besar, ATFX (Thailand). “Matlamat ATFX Thailand adalah bagi membantu trader yang memasuki pasaran Thailand untuk berjaya.”

Sebagai sebahagian dari pelancaran pejabat Thai, ATFX menganjurkan seminar, “ATFX Global Talk” dan makan malam yang dihadiri oleh 150 retail trader dan IB di Thailand. Penceramah utama bagi seminar tersebut termasuk Joe Patipat, selaku jurulatih yang terkenal dalam industri forex Thai, yang mana beliau mempunyai pengalaman hampir 20 tahun dalam pasaran forex dan saham serta En. Martin Lam, Ketua Penganalisis ATFX untuk rantau Asia Pasifik. Antara tetamu VIP yang turut hadir dalam seminar itu termasuk En. Arthyphant Thongchandr, Pengurus Besar ATFX (Thailand), En. Jeff Hsu, Pengarah Urusan ATFX (Asia Tenggara), Jeffrey Siu, COO ATFX dan speaker bagi seminar.

Read More

ATFX Menaja Konsert Jelajah Dunia Eason Chan Di Malaysia
ATFX melancarkan Pasukan Drift dan Memenangi Pertandingan Pertama
ATFX secara rasmi melancarkan Trader Magazine bagi S1 2022
Trader Magazine Q4 ATFX Kini Tersedia
ATFX melancarkan 124 produk baru, satu rekod baru dalam rangkaian produknya!
ATFX dianugerahkan Program Introducing Broker Forex Terbaik-Timur Tengah