Ogo 13, 2019

2018 merupakan tahun yang gemilang bagi ATFX, dengan penyertaan dalam pelbagai pameran, penganjuran seminar dan acara di seluruh Asia Tenggara sepanjang tahun lepas, dan pembukaan pejabat di Thailand pada Ogos, 2018. Maklum balas setakat ini amat positif, dengan pelbagai faedah yang ditawarkan oleh Syarikat serta penambahbaikan produk dan perkhidmatan untuk pasaran tempatan. Hasil pencapaian Syarikat yang memberangsangkan telah menarik perhatian para pelabur di Asia Tenggara kepada ATFX.

Traders Fair di Thailand merupakan acara sulung Syarikat di Asia Tenggara untuk tahun 2019, yang mana ia adalah kali kelima kami menyertai Traders Fair. Dengan penyertaan lebih dari 1200 retail klien dan IB yang hadir di ruang pameran. Pameran ini menampilkan lebih 20 speaker profesional yang berkongsi pandangan tentang perkembangan pasaran kepada peserta. Pameran tersebut menawarkan para perwakilan peluang untuk mengetahui tentang aliran dan peluang terkini dalam pelaburan dalam talian.

Acara itu turut menampilkan speaker utama seminar iaitu: En. Martin Lam, selaku Ketua Penganalisis Asia Pasifik ATFX, yang menyampaikan seminar tentang “Harus Pelajari! Petunjuk bagi Momentum Hari Dagangan”. En. Lam mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam industri kewangan dan pelaburan, beliau berkongsikan pandangannya kepada peniaga melalui seminar sejak beberapa tahun lepas. Semasa sesi seminar Pameran, beliau memberikan maklumat berguna mengenai pasaran kewangan dan instrumen perdagangan, serta membincangkan pelbagai topik dagangan bersama hadirin.

Maklum balas yang diterima sangat positif, bukan sahaja dalam seminar bahkan juga tawaran ATFX yang disampaikan dalam acara tersebut. Selain penyertaan Syarikat dalam pameran dagangan, ATFX turut mengambil bahagian dalam acara Malam Gala, yang merupakan peluang bagi peneraju industri untuk membincangkan perkembangan pasaran terkini, dan pada masa yang sama menawarkan para peserta peluang untuk berinteraksi dengan senior dalam industri.

Secara keseluruhannya, 2018 merupakan satu lagi titik pertumbuhan perniagaan untuk ATFX, dan acara seperti ini membuka lebih peluang untuk meluaskan rangkaian, pengalaman, dan memperkayakan nilai tambah perniagaan. Sebagai sebuah Syarikat perdagangan global dalam talian yang terkemuka, kami akan terus menghantar pasukan yang memfokuskan kepada pendidikan untuk menganjurkan seminar dan acara, memperkayakan pengetahuan pedagang dan menarik perhatian pakar dari pelbagai sektor di seluruh dunia.

Read More

ATFX Menaja Konsert Jelajah Dunia Eason Chan Di Malaysia
ATFX melancarkan Pasukan Drift dan Memenangi Pertandingan Pertama
ATFX secara rasmi melancarkan Trader Magazine bagi S1 2022
Trader Magazine Q4 ATFX Kini Tersedia
ATFX melancarkan 124 produk baru, satu rekod baru dalam rangkaian produknya!
ATFX dianugerahkan Program Introducing Broker Forex Terbaik-Timur Tengah